Friday, February 13, 2015

Perginya Murabbi Ummah


TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT.

sayu hatiku mendengar perkhabaran ini,                                                         
perginya beliau tidak akan kembali lagi,
dijemput Yang Maha Esa di malam penghulu segala hari,
akhlakmu menjadi qudwah insan insani,
ditangisi ummah tanda berduka hati.

sayu hatiku ditinggalkan murabbi sejati,
kehilanganmu amat kami rasai,
penat lelahmu akan kami hargai,
perjuanganmu akan kami terusi,
takkan sekali kali kami abaikan perjuangan ini,
kami penyambung rantaian perjuangan Nabi.

perginya murabbi ummah yang amat kami sanjungi,
hilangnya seorang ulama' pewaris nabi,
dakwahmu demi agama tidak terperi,
jasamu buat ummah menggunung tinggi,
semoga tok guru bersama insan insan yang mulia di sisi Ilahi.

Selamat berehat dari kelelahan dunia wahai Murabbi Ummah.

Allahummagh firlahu warhamhu wa'aafihi wa'fu 'anhu.
Ya ALLAH ampunkanlah dosanya dan rahmatilah dia serta kasihanilah dia.

Al-Fatihah. 

No comments:

Post a Comment